Ola como estas?
? ha paham tak hakak caruts apatuh hahah Assalamualaikum guys ! Entry kali ni
soal bahaya ke idok pakai barang makeup fake ?? Apa kesan dia?? Ke mitos aje
orang duk cakap fake fake tu bahaya. Jadi hakak telah berkorban dengan
melakukan suatu eksperimen yang mempertaruhkan hidup dan mati hakak kerna daku
sanggup berkorban apa sahaja demi kome kome semueee agitcheww ada ala-ala budak
wechat taa awuckk ? .. Tapi satu hakak warning, korang kalau jenis sensitive
skin janganler buat keje gila macam hakak takut merana di kemudian hari. Eksperimen
macamni mungkin akan buat kulit korang lebih teruk atau sampai satu tahap
terpaksa ambik rawatan atau dapatkan nasihat doktor. Mata adalah kawasan yang
sangat sensitif kerana ia melibatkan daya penglihatan dan kesihatan mental
jugak(boleh sebabkan korang sakit kepala dll).
Ni adalah contoh
tempat di mana dorang hasilkan barang fake “from top to toe”. Sebut aje,
losyen, blusher, lipstick krim muka, blusher, produk kecantikan wajah, semuaa
ada. Sekarang dorang dah ada yang berani “copy” dan mencipta barangan fake
daripada jenama terkenal yang ada di drugstore antaranya jenama terkenal
Maybelline iaitu Maybelline Fit Me foundation dan concealer. Percayalah, dorang
dah ada di tempat hakak dan tanpa ragu dan segan-silu menjualnya secara
terbuka.
Sesetengah barangan kosmetik tiruan mengandungi kandungan bahan yang
sangat jijik dan bahaya dalam formulanya untuk menunjukkan bahawa barangannya
berkualiti setanding original. Malahan sesetengah pengeluar sanggup meletakkan
najis tikus di dalam formula pembuatan mereka. Kalau anda lihat di tempat
pemprosesan(kilang) di mana mereka menghasilkan produk, sesungguhnya tempat itu
kotor dan sangatlah teruk bagi aspek pembersihan. Ini sendiri dah dibuktikan
oleh laporan FBI yang menyatakan bahawa mereka telah menemui bakteria E.Coli,
najis tikus dan paling teruk air kencing manusia yang dijadikan sebagai
“kandungan tambahan” di dalam pembuatan produk mereka.Tak cuma tu, kandungan bahan kimia daripada bahan kosmetik tiruan mampu
memberi kesan kekal. Bahan kimia ini sangat berisiko kepada kerosakan kulit dan
tubuh badan. Kegagalan fungsi
buah pinggang, kerosakan hati, sistem imunisasi badan, jantung dan otak juga adalah antara
kesan teruk. Kandungan toksid yang tinggi pula menyebabkan keradangan kulit,
lemah otot, pening kepala dan insomnia. Jika ia terkandung dalam produk mekap
mata, ia memberi risiko yang tinggi untuk mendapat kecacatan kekal pada mata.
This proves their zero quality control, betul tak?
Jadi moh kita
tengok abende barang fake yang hakak beli untuk bereksperimentasi kali ni.
Ni adalah
eyeshadow palette yang akak akan guna. Kalau korang perasan, fingerprint hakak
sangatlah jelas boleh dilihat di mana-mana walaupun tangan hakak bersih waktu
pegang. Compared to original one, kebiasaannya ia tidak seteruk ini.
Hakak baru
beberapa kali bukak dan cuba guna untuk tengok eyeshadow ni punya colour
pigment or tak. Tapi tak sampai 5 kali bukak dah tercabut penutup tuhaaa Tak
tahulah samada akak yang ganas sangat ke atau palette ni yang over sensitive
naww hahaha
Untuk
pengetahuan korang, hakak beli eyeshadow ni daripada seseorang yang dah biasa
jual barangan fake macam-macam jenama. Dia dah ada ramai loyal customer and yes
benda ni merisaukan akak. Ye memang mudah untuk kita laporkan pada pihak
berwajib tapi tak semudah itu untuk pihak terbabit tangkap atau ambil tindakan
memandangkan mereka terlalu ramai bak cendawan tumbuh melata. Hakak rasa ni
kesalahan yang ada di mana-mana negara sekalipun yang mana sampai harini, takde
orang yang mampu hentikan. Kenapa? Sebab ada permintaan.
Sebelum pakai
Jom kita tengok
apa dia lakukan pada mata akak setelah akak pakai eyeshadow ni pada kelopak
mata dan bawah mata akak. Btw, hakak cuma apply dalam kuantiti yang sedikit
maknanya hakak tak layer banyak kali. Cuma 2,3 kali sebab warnanya tak
pigmented jadi kena taruk lebih dari sekali untuk kasi korang nampak warna dia.
Hakak pilih
warna yang glitter tapi yang sedihnya glitter tu nak tak nak je nampak sedih
betul. Nampak tak berapa nak menyerlah bila akak keluar. Waktu beberapa kali
hakak guna waktu keluar sebelum ni, warnanya mudah pudar. Tak perlu tunggu
12jam, dalam masa 3jam warnanya dah hilang.
Sejujurnya, setelah beberapa jam hakak pakai eyeshadow ni, hakak mula
rasa macam terbakar dekat mata hakak. Jadi hakak cepat-cepat basuh muka tapi
rasa tu belum hilang. Mata hakak tetap rasa terbakar tapi tak teruk maksudnya
hakak still boleh tahan. Lepas beberapa jam rasa tu dah mula hilang. Tapiii
hakak perasan bawah mata hakak dah mula bengkak dan merah. Dan sangat-sangat
gatal membuatkan hakak nak garu sepuasnya tapi hakak tahan dan sabar takut
makin teruk. Jadi hakak ambik tuala kecik dan basahkan dengan air suam untuk
kurangkan rasa gatal.
Ini yang berlaku
keesokannya setelah hakak bangun dari tidur. Mata hakak rasa berat dan gatal.
Terus hakak cari cermin dan tadaaa tudiaa mata dah bengkak. Inilah kali pertama
mata hakak bengkak. Fyi, sebelum ni waktu beberapa kali hakak cuba eyeshadow ni
memang dah ada rasa burning tu tapi tak sangat,dan tak seteruk ini. Nilah kali
pertama bengkak tapi hakak syukur Cuma bawah mata saja bengkak, kelopak mata
dan area lain tak terjejas. Sebabnya hakak pernah tengok omputih kena lagi
teruk dari hakak huwaaaa Bersyukurnyaaa mata hakak masih selamat kalau tak
memang susah nak bergerak untuk urusan harian.
Jangkitan ini
memaksa hakak untuk membuang palette itteww Hakak bimbang kot-kot ada orang
dalam umah terambik dan terguna so it’s better for me to throw it away. Away
from my house, away from my lifeee
PROS
Berpatutan
Sesetengah
packaging produk nampak sama macam original
CONS
Tak pigmented
(mudah pudar)
Sangat berdebu
dan mudah pecah
Berkualiti
rendah
Terdapat bahan kimia
Jangkitan pada
mata
Lebih mudah
bercakap daripada buat kan? Hakak percaya masih ramai yang membeli kosmetik
tiruan tanpa mengira bahaya dan kesan jangka panjang. Murah bukan bermaksud
barangan tu takde bahan kimia. Belilah barangan kosmetik yang berbaloi. Dan
tolong jangan pakai skincare atau makeup fake merapu yang tah papew sebab kesan
dia kalau tak sekarang, maybe akan datang, jadi better elak okies ?
Hakak dah cuba beli
satu original eyeshadow palette dan hakak sangatlah berpuas hati. Warnanya sangat
pigmented, pakai satu layer pun dah nampak. Glitternya pun jelas nampak dan
susah nak pudar, makan waktu. Berbanding dengan yang tiruan. Jadi tepuk dada
dan tanya, nak pilih harga ke kualiti?