Monday, December 31, 2018

BAHAYA TAK MEKAP TIRUAN ??


Ola como estas? ? ha paham tak hakak caruts apatuh hahah Assalamualaikum guys ! Entry kali ni soal bahaya ke idok pakai barang makeup fake ?? Apa kesan dia?? Ke mitos aje orang duk cakap fake fake tu bahaya. Jadi hakak telah berkorban dengan melakukan suatu eksperimen yang mempertaruhkan hidup dan mati hakak kerna daku sanggup berkorban apa sahaja demi kome kome semueee agitcheww ada ala-ala budak wechat taa awuckk ? .. Tapi satu hakak warning, korang kalau jenis sensitive skin janganler buat keje gila macam hakak takut merana di kemudian hari. Eksperimen macamni mungkin akan buat kulit korang lebih teruk atau sampai satu tahap terpaksa ambik rawatan atau dapatkan nasihat doktor. Mata adalah kawasan yang sangat sensitif kerana ia melibatkan daya penglihatan dan kesihatan mental jugak(boleh sebabkan korang sakit kepala dll).

Ni adalah contoh tempat di mana dorang hasilkan barang fake “from top to toe”. Sebut aje, losyen, blusher, lipstick krim muka, blusher, produk kecantikan wajah, semuaa ada. Sekarang dorang dah ada yang berani “copy” dan mencipta barangan fake daripada jenama terkenal yang ada di drugstore antaranya jenama terkenal Maybelline iaitu Maybelline Fit Me foundation dan concealer. Percayalah, dorang dah ada di tempat hakak dan tanpa ragu dan segan-silu menjualnya secara terbuka.


Sesetengah barangan kosmetik tiruan mengandungi kandungan bahan yang sangat jijik dan bahaya dalam formulanya untuk menunjukkan bahawa barangannya berkualiti setanding original. Malahan sesetengah pengeluar sanggup meletakkan najis tikus di dalam formula pembuatan mereka. Kalau anda lihat di tempat pemprosesan(kilang) di mana mereka menghasilkan produk, sesungguhnya tempat itu kotor dan sangatlah teruk bagi aspek pembersihan. Ini sendiri dah dibuktikan oleh laporan FBI yang menyatakan bahawa mereka telah menemui bakteria E.Coli, najis tikus dan paling teruk air kencing manusia yang dijadikan sebagai “kandungan tambahan” di dalam pembuatan produk mereka.Tak cuma tu, kandungan bahan kimia daripada bahan kosmetik tiruan mampu memberi kesan kekal. Bahan kimia ini sangat berisiko kepada kerosakan kulit dan tubuh badan. Kegagalan fungsi buah pinggang, kerosakan hati, sistem imunisasi badan, jantung dan otak juga adalah antara kesan teruk. Kandungan toksid yang tinggi pula menyebabkan keradangan kulit, lemah otot, pening kepala dan insomnia. Jika ia terkandung dalam produk mekap mata, ia memberi risiko yang tinggi untuk mendapat kecacatan kekal pada mata. This proves their zero quality control, betul tak?

Jadi moh kita tengok abende barang fake yang hakak beli untuk bereksperimentasi kali ni. 





Ni adalah eyeshadow palette yang akak akan guna. Kalau korang perasan, fingerprint hakak sangatlah jelas boleh dilihat di mana-mana walaupun tangan hakak bersih waktu pegang. Compared to original one, kebiasaannya ia tidak seteruk ini. 




Hakak baru beberapa kali bukak dan cuba guna untuk tengok eyeshadow ni punya colour pigment or tak. Tapi tak sampai 5 kali bukak dah tercabut penutup tuhaaa Tak tahulah samada akak yang ganas sangat ke atau palette ni yang over sensitive naww hahaha

Untuk pengetahuan korang, hakak beli eyeshadow ni daripada seseorang yang dah biasa jual barangan fake macam-macam jenama. Dia dah ada ramai loyal customer and yes benda ni merisaukan akak. Ye memang mudah untuk kita laporkan pada pihak berwajib tapi tak semudah itu untuk pihak terbabit tangkap atau ambil tindakan memandangkan mereka terlalu ramai bak cendawan tumbuh melata. Hakak rasa ni kesalahan yang ada di mana-mana negara sekalipun yang mana sampai harini, takde orang yang mampu hentikan. Kenapa? Sebab ada permintaan.


                                  Sebelum pakai

 Jom kita tengok apa dia lakukan pada mata akak setelah akak pakai eyeshadow ni pada kelopak mata dan bawah mata akak. Btw, hakak cuma apply dalam kuantiti yang sedikit maknanya hakak tak layer banyak kali. Cuma 2,3 kali sebab warnanya tak pigmented jadi kena taruk lebih dari sekali untuk kasi korang nampak warna dia. 





Hakak pilih warna yang glitter tapi yang sedihnya glitter tu nak tak nak je nampak sedih betul. Nampak tak berapa nak menyerlah bila akak keluar. Waktu beberapa kali hakak guna waktu keluar sebelum ni, warnanya mudah pudar. Tak perlu tunggu 12jam, dalam masa 3jam warnanya dah hilang.

Sejujurnya, setelah beberapa jam hakak pakai eyeshadow ni, hakak mula rasa macam terbakar dekat mata hakak. Jadi hakak cepat-cepat basuh muka tapi rasa tu belum hilang. Mata hakak tetap rasa terbakar tapi tak teruk maksudnya hakak still boleh tahan. Lepas beberapa jam rasa tu dah mula hilang. Tapiii hakak perasan bawah mata hakak dah mula bengkak dan merah. Dan sangat-sangat gatal membuatkan hakak nak garu sepuasnya tapi hakak tahan dan sabar takut makin teruk. Jadi hakak ambik tuala kecik dan basahkan dengan air suam untuk kurangkan rasa gatal. 



Ini yang berlaku keesokannya setelah hakak bangun dari tidur. Mata hakak rasa berat dan gatal. Terus hakak cari cermin dan tadaaa tudiaa mata dah bengkak. Inilah kali pertama mata hakak bengkak. Fyi, sebelum ni waktu beberapa kali hakak cuba eyeshadow ni memang dah ada rasa burning tu tapi tak sangat,dan tak seteruk ini. Nilah kali pertama bengkak tapi hakak syukur Cuma bawah mata saja bengkak, kelopak mata dan area lain tak terjejas. Sebabnya hakak pernah tengok omputih kena lagi teruk dari hakak huwaaaa Bersyukurnyaaa mata hakak masih selamat kalau tak memang susah nak bergerak untuk urusan harian.

Jangkitan ini memaksa hakak untuk membuang palette itteww Hakak bimbang kot-kot ada orang dalam umah terambik dan terguna so it’s better for me to throw it away. Away from my house, away from my lifeee

PROS
Berpatutan
Sesetengah packaging produk nampak sama macam original

CONS
Tak pigmented (mudah pudar)
Sangat berdebu dan mudah pecah
Berkualiti rendah
Terdapat bahan kimia
Jangkitan pada mata

Lebih mudah bercakap daripada buat kan? Hakak percaya masih ramai yang membeli kosmetik tiruan tanpa mengira bahaya dan kesan jangka panjang. Murah bukan bermaksud barangan tu takde bahan kimia. Belilah barangan kosmetik yang berbaloi. Dan tolong jangan pakai skincare atau makeup fake merapu yang tah papew sebab kesan dia kalau tak sekarang, maybe akan datang, jadi better elak okies ?


Hakak dah cuba beli satu original eyeshadow palette dan hakak sangatlah berpuas hati. Warnanya sangat pigmented, pakai satu layer pun dah nampak. Glitternya pun jelas nampak dan susah nak pudar, makan waktu. Berbanding dengan yang tiruan. Jadi tepuk dada dan tanya, nak pilih harga ke kualiti?

1 comment:

  1. Casinos Near Santa Fe Casino in Coeur d'Alene, CO - Mapyro
    Casinos 원주 출장안마 Near Santa Fe Casino · Bally's Casino 화성 출장안마 – MontBleu Casino · Harrah's Casino · Hollywood 광명 출장샵 Casino 양주 출장안마 at Charles Town Races 논산 출장샵 · Seminole Hard Rock Casino in

    ReplyDelete

KUKU BERKILAT DENGAN NAIL POLISH PALING BEST !!!

Salam guys harini Dyan nak share satu cara nak kilatkan kuku. No no, not in traditional way cause I don’t have much time untuk spend on bu...