Wednesday, June 12, 2019

BERCINTA SEBELUM OR SELEPAS KAHWIN ?? - Honest Opinion


Salam guys lama nggak bersiaran..ada yang kangen gak sama mbak :] waduh2 geer banget sih gue hahahah so basically last two weeks, my family bringing up this issue maybe because hakak macam dah nak move one step forward from my present relationship kan. Jadi dorang start cakap pasal this kind of thing. Cinta, risik, tunang, marriage and so on. So today hakak bagi my own honest opinion, pada perempuan please educate yourself by reading this entry, kalau rasa hakak salah just ignore entri hakak. Jangan bawak ke hati atau sakit hati kalau tak hang buat entri sendiri kahkahkah this just my two cents so take it, or leave it



Bila kita bukak pasal perkahwinan, baca and dengar perkataan tu sendiri dah buat kita gerun betul tak?? Tetiba terbayang anak pancut kencing atas muka..terberak atas karpet mahal, nangis tengah malam, pecahkan barang umah orang, tantrum dalam mall fuhh and the list goes on and on. Mampu ke kita? Yes semua orang kena lalui dan dari situ kita tahu kemampuan kita. Experience is the best teacher, trust me. Tak masuk tang kalau tetiba ada vavi menyondol dalam rumah tangga lagi macamana korang nk handle? Huh nauzubillahiminzalik.



I was born in a broken family. As time goes on macam macam hakak nampak. Ayah kawin dua dulu, curang, macamana mak struggle dulu sampai depressed. Ayah yang anggap kitaorang macam luar. Kesan dia sampai sekarang kitaorang nampak and tanggung. My own sister, being tortured and cheated by her hb and also macam macam benda teruk, sedih hakak nampak. All this thing shape me into a girl yang dahulunya takut nak percaya laki. Dan pengalaman orang sekeliling yang menakutkan akak. To cut short Alhamdulillah still Allah buka pintu hati akak untuk cuba berhubungan.



Jadi kita tolak tepi, bukan tolak bulat bulat soal bercinta sebelum kahwin haram yes it is tapi untuk kenal pasangan itu satu keperluan, kemestian sebelum ke fasa seterusnya.  Itulah sebab wujudnya pertunangan. Untuk kenal bakal pasangan dan keluarganya. Hakak pun pernah jumpa orang yang cuma bercakap beberapa hari sebelum kahwin then terus langsung majlis but then cerai. Yes aturan family and yes jodoh bukan kat tangan kita tapi kita berhak buat pilihan. Kita berhak amik masa selama yang kita perlu untuk kenal bakal imam kita, pemimpin keluarga yang akan tuntun kita kelak. Ke mana arah kita? Pilihan kita, kita yang tentukan.


Kalau keluarga rush, cuba slow talk. Bukak mata dorang apa pros and cons kalau rush sangat kawin. Marriage is a sacred thing dear, takde orang nak kahwin banyak kali. Don’t think our parents akan ambik remeh soal kahwin betul tak? So ambik masa as long as you wish. Plus, kita akan kahwin dengan keluarganya sekali. Trust me tak syok aa kalau dapat mil and fil yang tak boleh terima kita..bahaya tau sebab sekarang pun dh banyak kes mertua punca jadi penceraian sebabtu pentinggg sangat cari keluarga bakal mertua yang terima kita seadanya. Terima kurang kita, kalau salah ajar. Bukan kutuk pashtu pi membawang dekat jiran la mak long la makngah makjang la pak hang la..tak reti ajar la betul tak? Tapi bila hakak cakap kenal lama janganla sampai berdekad pi amik masa kenal dia baik hang amik PHD ja..buang masa. Dosa pun bertimbun satgi...duk on call ehek ehek hari hari masalah jugak tu. Macam hakak la kenal lama almost 10years last last putus jugak \. Ok gelak untuk diri sendiri hahaha

Untuk yang berpegang pada bercinta dan kenal lepas kahwin yes, bersedia untuk terima kejutan. Especially kalau tidur pasangan tetiba bunyi macam serombong kapal hahah kena redha la sayang oii...macam macam akan kita nampak dan setiap hari adalah kejutan dan pembelajaran yang baru untuk kita sebab kalau kita tak bersedia untuk terima kejutan, hakak bimbang kita makan hati. Hati kena kental, redha, sebab itu jalan hidup yang kita pilih. Jadi buruk baik pasangan kita kena terima seadanya gaiss...berbumbungkan atap yang sama, beralaskan cadar dan berkongsi bantal yang sama, masakan kita nak mengeji buruk pasangan kita? Nak menegur pun tak sampai hati sebab baru kahwin kan tengah berbunga bunga jadi pura-pura tak nampak je. Then lama-lama timbul perangai and habit yang kita susah nak terima. In that time cuba slow talk. Masa nilah kita nak observe perangai pasangan and macamana nak handle. Masuk tang masakan peberet pe semua masatu la korang kena belajar kaw kaw kasi khatam apa dia suka tak suka and redha kalau kena kondem. Yang paling hakak takut, tapi mintak jauh..suami panas baran kaki pukul MasyaAllah nampak luaran bagus. Hakak sendiri dah jumpa luaran alim hafal surah macam macam tapi rupanya kaki pompuan, pukul anak bini. Buruk dia, dia takkan tunjuk masa kenal.  
Yang lawa, yang wangi je dia tunjuk. Tapi kalau korang jenis steady, jiwa kental, suka amik risiko, just do it. Tapi if anything happened macam it turns out to be benda yang korang tak suka tu banyak, cuba positifkan diri. Maybe Tuhan nak korang belajar something dari apa yang korang sedang lalui. Amik hikmahnya, jadikan benda tu guideline untuk hari hari akan datang bersama pasangan untuk ke arah rumah tangga sakinah mawaddah warahmah

Hakak doakan siapa pun pasangan korang, pasangan korang boleh jadi korang punya bffff forever, a good listener, penyayang, pemurah, bertanggungjawab, dan seorang yang amik berat dan mendekatkan diri dan menambah kecintaan kita pada Ilahi allahumma amiinn moga armada yang bakal dibina bersauh di lautan yang tenang oleh nakhoda yang gagah lagi perkasa aummm Oh btw don't forget to hit the follow button !

No comments:

Post a Comment

KUKU BERKILAT DENGAN NAIL POLISH PALING BEST !!!

Salam guys harini Dyan nak share satu cara nak kilatkan kuku. No no, not in traditional way cause I don’t have much time untuk spend on bu...