Thursday, December 13, 2018

BEST KE UNISZA ??


Again, assalamualaikum my dear lovelies.. Memandangkan keputusan SPM and university intake is just around the corner bagi lepasan SPM pada tahun 2018, Dyan nak buat review pasal UniSZA. Hakak ghase konpem tak semua orang  kenal UniSZA yang berlokasi di bandaraya warisan pesisir air ni kan? Yes, Terengganu Darul Iman..my hometown. Dahulunya UniSZA dikenali sebagai KUSZA (Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin) and Universiti Darul Iman (UDM) so hakak assume mesti ada antara korang yang biasa dengar perkataan KUSZA/UDM berbanding UniSZA ni kan? Obviously based on title, mestilah hakak nak cerita pasal UniSZA kan, takkan pesantren di Acheh pulerk yeke idok? Memandangkan hakak alumni diploma UniSZA dulu so hakak akan cerita pengalaman hakak kat sana okeyy

Okay sedikit pasal UniSZA yang dahulunya dikenali sebagai KUSZA telah dinaik taraf kepada Universiti Darul Iman pada tahun 2005 kemudian ditukar pula kepada Universiti Sultan Zainal Abidin  (UniSZA) pada 13 Mei 2010. UniSZA mempunyai 4 kampus iaitu Kampus Kota yang terletak di hadapan Hospital Sultanah  Nur Zahirah(HSNZ) bagi pelajar yang berjurusan perubatan, Kampus Tembila di Tembila, Besut dan kampus induknya iaitu Kampus Gong Badak yang terletak di daerah Kuala Nerus. Lagi satu kampus di KL (International Campus). Hakak akan fokuskan pada UniSZA Kampus Gong Badak memandangkan kebiasaannya freshies akan tinggal di sini. Kampus Kota pula hanya persinggahan kepada pelajar perubatan untuk pembelajaran atau memudahkan practical dorang memandangkan kampus berdepan dengan HSNZ, tapi dorang tak menetap di sana. Dan kampus terbaru iaitu Kampus Tembila yang mana hakak takkan buat entry untuk kampus ni takut entry ni jadi panjang gila baban hahaha yang tu maybe next time when I’m free

Basically UniSZA sama macam U lain, ada kolej kediaman, cafe/kantin, bangunan fakulti and etc. Kolej kediaman ada dua jenis iaitu asrama baru dan asrama lama. Pembahagian kawasan kediaman lelaki dan perempuan akan selalu diubah jadi hakak takleh nak cakap mana satu asrama laki and pompuan. Kebiasaanya pelajar diploma yang baru masuk majoritinya akan diberi kediaman baru kecuali melebihi had dan selebihnya akan mendiami kolej kediaman lama. Yelah nama pun pelajar baru kan jadi universiti nak bantu korang supaya takde susah payah nak cari kediaman sewa di luar. Jadi kat bawah ni hakak sertakan beberapa gambar untuk mudahkan korang paham, so takyah penat-penat bayangkan cane bentuknya ngehngehngeh



                                                         BLOK BARU


                                                         BLOK LAMA

Memandangkan kos yang terlampau banyak jadi jumlah fakulti pun sama banyaknya hihi but no worries, di setiap area fakulti dan asrama kediaman akan terdapat cafe jadi tak perlu jalan jauh pergi ke area lain unless korang nak berubah angin nak rasa lauk lain. Ada 2 jenis cafe iaitu cafe lama dan cafe baru berdasarkan kolej kediaman yang diduduki. Kat bawah ni adalah cafe utama, dalam gambar ni tak nampak full okay sebab dia panjangg dan luas. Kira ni main cafe lah, cafe utama yang mostly student akan tuju sebab paling besar dan paling ramai penjual. Satu lagi adalah kafetaria laman mesra, cafe yang luas dan paling lawa dekat dengan bangunan akademik (biasanya kelas dekat bangunan ni)

                                                         CAFE UTAMA

Untuk ke kelas pun tak memerlukan korang menaiki kereta lagipun memang mostly student sini jalan kaki berjemaah. Unless korang ada transport sendiri, bolehlah carpool atau bonceng geng yang ada kapcai. Ada banyak blok, dewan, blok fakulti dan bangunan-bangunan lain macam HEPA and etc tapi hakak tak boleh lah letak semuaaa gambar nanti takde sense of surprise lah bila korang masuk betul tak? Hihi Fyi, UniSZA ada 3 main hall dan beberapa dewan lain.



DEWAN PERDANA


                                                      DEWAN KULIAH UTAMA

DEWAN GEMILANG

BANGUNAN AKADEMIK

Library pun disediakan, 2 tingkat lagi chuollss hakak takboh (taknak) bagi gambar banyak-banyak, korang kena tengok sendiri masuk nanti tapi memang lawa lagi-lagi 2nd floor seriously lawa tersusun je. Biasa akan jejak library ni time nak buat assignment atau research je kahkahkah kalau tak nokharom unless desperate nak pakai pc sebab kolej blackout or etc.

LIBRARY

UniSZA pun ada masjid yang dibuka kepada warga setempat juga means selalu dibuka. Kalau time puasa bas akan disediakan untuk bawak korang ke masjid, yelah malam-malam kan gelap bahaya woii lagi-lagi anak dara dorang, kawin pun belum kahkahkah

 MASJID UNISZA

Foyer adalah antara tempat yang semua student wajib jejak sebab kat sini ada atm, ada pejabat kolej kediaman, ada tempat korang nak amik barang poslaju(sebab utama), apa-apa perjumpaan, tempat daftar masa masuk U (untuk 2nd intake) atau tempat tunggu bas sebab bas memang akan berhenti kat sini. Takdenya dia nak berenti depan blok korang, ingat acah-acah bus stop ke hahah And satu lagi ATM berada di bangunan HEPA. Yang tu nanti korang boleh survey okey


FOYER & PEJABAT KOLEJ KEDIAMAN

Lastly, soal pemakaian. Mana-mana student Muslim tidak dibenarkan free hair yerr...korang kalau taknak pakai tudung korang jangan bukak dalam U. Bimbang kena tatatertib ke hapew kan. Bercakap soal pemakaian, to be honest masa mula-mula masuk dulu pakaian hakak pun a bit ketat..tudung suka angkat..end up hakak and kawan-kawan termalu sendiri. Kenapa? Sebab dalam UniSZA susah nak jumpa orang yang melampo buka aurat. Korang akan jumpa ramai yang berpurdah, berniqab, bertudung labuh tapi kalau ada jumpa yang mulut and perangai dorang ada yang tak kena janganlah korang kecam. Jangan pukul rata okay? Tu masalah individu, bukan pakaian. Lama-lama kita sendiri akan muhasabah diri then baiki kita punya pemakaian. Bagi hakak, UniSZA ni ada satu good atmosphere yang buat kita rasa nak berubah. Ramai kawan hakak yang dulu macam hakak tapi sekarang dah bertutup litup bagai Alhamdulillah mungkin UniSZA salah satu asbab dia berubah who knows ?

Petang – petang nak buat apa eyh kat UniSZA ?       


Benda ni biasa lelaki lah yang akan fikir. Sebab yelah dah penat kelas kadang-kadang nak berjimba jugak kan atau buang peluh untuk kasi cergas sikit badan. Okay fokus pada yang dalam UniSZA dulu, UniSZA menyediakan gym, basikal (basikal mahal woo macam hiking punya), court futsal, court bola jaring, padang golf, padang memanah, tu setakat yang hakak ingat lah, hakak ni kuat makan semut. Ada jugak tasik yang sangattt luas, korang boleh marathon tawaf tasik tu kalau rasa bila jalan pi kelas tu peha dah mula bergesel(if you get what I mean). Kalau korang jenis bersemangat waja lebih sket boleh join palapes ke, suksis ke, wataniah ke, mana-mana kelab yang aktif sebab once kita masuk Universiti, banyak je kelab yang ada cuma nak or tak je, macam sekolah jugak cuma yelah dekat U ni a bit advance lah penat dia pun lain machiam. Kalau rasa tak mampu better you back off hahah hakak yang tengok dorang practice kawad and etc sejak sebelum subuh pun penat, yang tukang buat tu hakak xtau lah penat dia cemana. Jiwa kena kental woii Sukan futsal, bola jaring, archery, golf, and macam-macam lagi ada untuk orang yang berjiwa atlet okayh. 




Then, 2kali dalam seminggu akan ada pasar minggu. Pasar minggu melalui pintu depan pagar UniSZA yang berhadapan KFC jatuh pada hari Selasa. Pasar minggu pintu pagar belakang jatuh pada hari Khamis. Dua-dua memerlukan korang untuk naik van unless korang rajin naw jalan kaki nak buang lelemaks tepu yang duk bergegar tu. Van biasanya akan mula tunggu selepas pukul 4 atau pukul 5 ke atas. Depan UniSZA ada Kepci (KFC) dan McD yang memang motifnya duk depan U sebab nak habiskan duit korang. Dajei betul hahaha

Luar UniSZA ada apa ??
Memandangkan korang yang baca ni majoriti freshies jadi hakak akan focus pada tempat-tempat menarik berdekatan UniSZA jurr okay. Kita takyah pi jauh-jauh area bandar, yang tu korang boleh survey sendiri nanti once dah stay sana. Btw kalau nak pi bandar usually amik masa dalam 10-15minit bergantung pada kelajuan korang bawak kete lerrr Kalau taraf Michael Schumacher tu adalah sampai dalam 10saat

PASARAYA
Area berdekatan UniSZA ada Mydin Mall yang memang besar, Hock Kee Seng, Sabasun, Giant, Treleaf, Kedai Eco,ni antara tempat kalau korang nak beli barang-barang keperluan. Dekat Dataran Austin pulak ada banyak kedai-kedai, spa, farmasi dan butik macam Watsons, Pizza Hut, Jubahsouq, Elrah, Imaan Boutique, Jannah Noe, Jakel and banyakkkkk lagi. Terengganu terkenal dengan pantai jadi UniSZA tersangatlah dekat dengan pantai dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang memudahkan student yang stay jauh tapi malas nak balik kampung naik bas.










TEMPAT MAKAN
Ada banyak cafe hipstur dan tempat makan berdekatan UniSZA(tak mampu list bebanyak)yang menjadi tarikan pelajar jaman sekarang, antaranya ;







DAPO PATA UPTOWN KONTENA


GUDANG MAKANG 


CVU iPATA - STEAMBOAT


KEDAI MASAKAN CELUP TEPUNG & AIR BUAH GELAS BESAR di mana-mana

LOLLIPOP CAFE DOT COM (kedai hipsturr ada di mana-mana) 

Obviously kalau pi bandar dan tempat lain banyak lagi lah kan, yang ni korang boleh survey sendiri dekat dorang punya fb or ig tak pun google je, hakak list yang hakak ingat antaranya :
Kawan Cafe, Syrup vs Soda, Myeongdong Teopokki, Boat Noodle, Tops Dinnie Cafe, The Pallet Cafe, Garage 66 Darts Cafe, Martion, Me’nate, Rahsia Kitchen, White House Cafe, Qawa Coffee & Sandwich, Star Anise Cafe, Cantek Sekali Studio Cafe, On The Way Kopitiam, Oliva Cafe, Nami House 2, Gossip Kitchen, Oldtown White Coffee, Paparich, Rollie Cafe, Seoul Garden, Gloria Jean’s Coffee, Sushi King

Hokayh takat tu je hakak boleh ingat. Dokrok cetong sebab makang semut banyok ngat..jadi kalau sekmung brehi makang, jangang luper g blake dekat tempat-tempat ni deh pahtu komen kabo ke ambe mana sedak and mana dok sedak. Berehh guuuu? Oh btw don't forget to hit the follow button !


7 comments:

  1. Salam kak betul ke course dekat UNISZA ni tak berapa nak diiktiraf?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majikan tak berapa minat nk employed je...gomen iktiraf.

      Delete
  2. Assalamualaikum, nk tnya klu course diploma in law wajib ke ambik bahasa arab masa spm?

    ReplyDelete
  3. Budak2 ambik degree disediakan tak kediaman?

    ReplyDelete
  4. assalamualikum kak nak tanya antara banyak banyak kampus.. kampus mana paling best?

    ReplyDelete
  5. Untung betul belajar kat unisza. Bilik asrama pun luas..bangunan baru. Kami dulu bilik asrama berlaga punggung..Bila tengok gambar bilik asrama tu, teringat kembali kenangan belajar di kusza 1998-2001. Rindu rasa nak melawat bilik yg pernah diduduki..rindu kawan2 seperjuangan yg telah membawa haluan masing2...😢

    ReplyDelete

KUKU BERKILAT DENGAN NAIL POLISH PALING BEST !!!

Salam guys harini Dyan nak share satu cara nak kilatkan kuku. No no, not in traditional way cause I don’t have much time untuk spend on bu...