Saturday, October 26, 2019

KUKU BERKILAT DENGAN NAIL POLISH PALING BEST !!!


Salam guys harini Dyan nak share satu cara nak kilatkan kuku. No no, not in traditional way cause I don’t have much time untuk spend on buat masker bagai and so on untuk kuku kan so Dyan jumpa satu nail polish yang best gilosss dekat Shopee lepas dah try a few yang Dyan rasa beshe-beshe je and mudah rosak. This one memang instant result, susah nak rosak dan very easy to carry. Sambil buang air pun boleh polish uiiii tak perlu waktu yang lama untuk dapatkan kuku berkilat ala-ala retis internationaleyyy wuhooo






So let’s see before and after punya result !








Tadaaa so ni adalah tangan my nephew and me after Dyan polish for few minutes. Kaki  yang tak berapa nak lawa tu obviously la kaki Dyan muahahaha My nails shine bright like a diamond kan ?? You only need few minutes to have some pretty nails like Kylie or Khloe. Guysss takkan kedekut nak spend dengan just 5MYR  kot khennn untuk benda yang cinonet tapi tahan lama dan payah nak rosak nii wehhhh Kalau korang jenis suka guna quetax or warnakan kuku, atauuu korang suka kuku nampak licin, kemas, cantik, this thing sosuaii sangat dengan korang. Trust me, korang takkan menyesal spend duit yang sikit tapi dapat hasil yang gempak gilerrr Till then, see you nextime ! Byeee


HILANGKAN PARUT DENGAN BIO ESSENCE OIL – Scar Specialist


Salam guys! Btw korang boleh tekan web version, scroll bawah sekali for more convenience in reading okayh. So since lately hakak ada masalah tiny bumps which meninggalkan parut di pipi yang disebabkan oleh poduk yang tak serasi dengan kulit hakak. Naik nanah kecik kecik and biji biji merah. So hakak cuba figure out produk hapew pulak hakak nak try thennn tiberr salah sorang kat ” Instagram” up this product on her ig story. Instantly hakak cuba baca review dekat Mr.Google. Obviously ada pros and cons dia lah kan sebab dekat dunia ni kulit kita lain lain kan diknon. Ada yang pakai menjadi and ada yang tak. At first hakak pun sangsi nak try sebab I’m not a fan of face oil or any type of skin oil. That greasy texture buat hakak tak selesa but guess what? This product claims that benda alah ni memang non greasy yang terus buat hakak macam okay why not give it a try memandangkan harganya pun murah eheheh so here the sneak peak of the product.





HARGA : 35MYR (60ml)
INGREDIENTS : Chamomile oil, lavender oil, green tea extract, olive oil, organic incha inchi oil, rosemary oil, soybean oil, sweet almond oil, calendula oil, sunflower oil, macadamia oil
RATE : 4/5

What does this product claims ?

Multi-Function for Body & Face
-Improves healing of scars and wounds
-Helps to minimize the formation of scars
-Moisturizes dry and sensitive skin
-Increase collagen expression to enhance skin elasticity

So macam korang baca kat atas. Sume ingredients tu berkebolehan dalam memudarkan parut. Dan produk ini boleh disapu from top to toe. Shaye shuka shaye shuka !! Korang boleh dapatkan di Guardian, Watsons, online pun hadooo guysss Shopee, lazada, watsons and else

Ofc korang nak tahu kan, acane bau benda ni so here the spoiler, bau dia more or less almost the same with Bio Oil tapi honestly hakak prefer this one. Sebab Bio Oil quite strong but both wangi cuma lobang hidung hakak memang takleh terima any strong scents. The texture? This product does what it claims! Absolute amazing sebab non greasy at all! Trust me, memang easily absorb. Lepas apply terus absorb tak perlu tunggu few minutes after. Sebelum ni hakak dah try few products yg oil based and most of them very greasy sampai kadang-kadang gatal muka. As it claims boleh pakai dekat muka dan badan, but hakak fokus dekat tangan dulu. So jum tengok what it did to my skin selepas penggunaan selama hampir sebulan


Macam korang nampak, thank God it did wonders to my skin ! Especially parut bekas cakaran meoww di tangan ittewww gosh I was worried parut tu akan makan masa untuk hilang but within 2weeks(gambar tengah) dia dh slowly pudar so it’s a yeayy for me but unluckily untuk parut di kaki hakak, hakak boleh cakap so-so jurrr takde nampak kesan pudar maybe parut di muka dan tangan lebih mudah hilang berbanding parut di bahagian badan ? okay hakak positif hahaaha so kalau korang nak hilangkan parut yang dah lama or parut tebal di badan maybe product ni kurang sosuai untuk korang memandangkan kesan dia di badan so so je. Tangan mungkin okay macam hakak tu parut baru lagi dan bukan parut tebal khenn

Basically kalau korang rajin study review each product sebelum beli, korang akan jumpa bad and good review about this product. Honestly it works for me at certain parts but for some people, it’s not. Yelah tak semua orang akan experience benda yang sama kan. But to give a try and error is a must before kita jumpa product yang sesuai betul tak? Kalau tak berapa sesuai korang boleh ler bagi pada orang terdekat mana tahu ada yang sesuai kan yeke idokk..so till then, see you nextime ! Byeee

Monday, October 7, 2019

TORTILLA WRAP UNIK TAPI BEST GILA


Bahan-bahan

Tortilla wrap

Bahan popcorn chicken

Isi ayam dipotong kecil
Telur
Tepung jagung/tepung bistari
Serbuk cili



Bahan Inti

Mangga masak (blend)
Tomato (potong dadu)
Bawang merah (potong dadu)
Serbuk lada hitam



Cara-cara

1. Celupkan ayam di dalam telur dan golekkan di atas tepung dan taburkan serbuk cili
2. Goreng ayam hingga keemasan
3. Letakkan ayam popcorn di atas tortilla wrap
4. Masukkan mangga yang telah diblend ke dalam bekas dan taburkan tomato dan bawang merah yang telah dipotong dadu, gaul rata dan taburkan serbuk lada hitam
5. Susun di atas popcorn chicken yang telah siap diletakkan di dalam tortilla wrap

6. Sedia untuk dimakanggg AUMMM !

DESSERT PALING SIMPLE


Okay guys harini nak share satu lagi resepi yang sambil tutup mata pun boleh buat wehhh Oh lupa bagi salam, assalamualaikum sekmunggg So harini ra nak share satu resepi desssert yang paling kacang, yang orang-orang takde bajet pun boleh buat teheee Memandangkan ra banyak share resepi lauk berat-berat so harini kita try share satu lagi resepi dessert yang tak memakan bajet yang besar dan caranya pun tak susah. My first dessert recipe yang kacang korang boleh check kat sini okaii So jom kita tengok apa kejadahnya resepi senang sangat ni



Bahan-bahan

Biskut cream creckers atau mana-mana pilihan biskut
Yogurt asli atau yogurt buah
Potongan buah-buahan segar



Cara-cara

1. Hancurkan biskut dan letakkan di dalam small cup atau mangkuk kecil menjadi satu lapisan yang tebal
2. Curahkan yogurt menjadi satu lagi lapisan yang agak tebal
3. Taburkan hirisan buah segar di atas yogurt
4. Sedia untuk diamakan ! Atau masukkan ke dalam peti dan makan ketika sejuk

IKAN SIAKAP STIM MASAM-MASAM SEDAP


Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap bersaiz sederhana
2 biji lemon (dihiris bulat )
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
Halia (potong memanjang)
Cili merah (hiris)
Sos ikan
Sos plum



Cara-cara

1. Susun hirisan lemon memenuhi ruang pada dasar bekas
2. Letakkan ikan siakap di dalam bekas di atas hirisan lemon yang telah disediakan
3. Taburkan hirisan bawang merah, bawang putih halia di atas ikan siakap
4. Tabur hirisan cili merah
5. Curahkan sos ikan dan sos plum dalam kadar mencukupi, jangan terlebih !
6. Ikan sedia untuk distimkan !

RESEPI MAGGI GORENG MAMAK


Bahan-bahan ( hidangan seorang )

Maggi kari sepaket
Perencah kari maggi
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Cili kisar/cili giling (setengah sudu)
Cili (dihiris)
Kicap pekat
Kicap manis
Sawi (potong)
Kobis (potong)



Bahan hiasan ( optional )

Bawang goreng
Daun sup (hiris)

Cara-cara

1. Rebus maggi dan toskan
2. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hirisan dan cili giling
3. Setelah naik bau dan agak masak, masukkan maggi
4. Masukkan kicap pekat, jangan terlampau banyak takut hitam macam tayar kereta fulakss nokss
5. Masukkan kicap cair secukup rasa, jangan terlebih takut jadi maggi goreng manis bukan maggi goreng mamak
6. Masukkan perencah maggi tapi jangan sampai habis sepaket bimbang masin dia suppp sampai ke kepala kang bermalam kat hospital
7. Dah agak sedap tu boleh la tabur sawi dan kobis yang dipotong dan jangan lupa hirisan cili tadi !
8. Kalau ada bawang goreng dan daun sup lagi syiokkk mehhh tabur atas maggi dan siap dihidangkan !



PUNCA RAMBUT GUGUR DAN PRODUK SERTA TIPS UNTUK MELEBATKAN RAMBUT


 Salam guys so harini based on tajuk entry ni, Dyan nak cakap pasal rambut gugur la kan. Rambut ni macam kita tahu mahkota wanita. Just imagine kalau wanita botak omaiii dahla muka kita so so je kan kalau macam pajura ke mira pijah ke takpe la jugak nak botak pun, ada lagi orang yang nak. So acik bawang malash nk bebel panjang, kat sini Dyan list out antara punca rambut gugur yang Dyan kenalpasti melalui Dyan punya own research selepas melalui keguguran rambut yang sangat teruk. Antara sebab yang boleh menyebabkan gegirls or boboys di luar sana melalui kebotakan dan keguguran yang melampau. Ada jugak antara sebab yang bakal meng-heart attackkan korang atau korang rasa macam urmmm yeke mangkuk niiii Butttt, trust me, it does. So there you goes


PUNCA KEGUGURAN RAMBUT

- Penggunaan syampu/perapi yang tidak sesuai atau mengandungi bahan kimia yang kuat/tinggi atau berbahaya
- Kerap menukar syampu

- Mengikat rambut terlalu ketat
- Selalu mengikat rambut, kurang membiarkan/melepaskan rambut mengurai
- Kerap melakukan “rebonding”/alat pengerinting
- Kerap menggunakan hair dryer
- Terlampau kerap  mendandan rambut
- Selalu melilit rambut dengan tuala selepas mandi
- Menggunakan sikat rambut yang tajam
- Gemar makanan masin
- Tidak menggunakan serum rambut terutama bagi yang berambut panjang kerana rambut yang panjang menambah risiko keguguran
- Jarang mencuci rambut
- Kerap mewarnakan rambut
- Tidur yang tidak mencukupi
- Stress
- Diet yang tidak seimbang
- Perubahan hormon
- Kesan ubat-ubatan
- Wanita bersalin

Basically, bila kita dah tahu punca, kita tahu la macamana cara nak atasi nya yeke idok ?? so tang tu korang boleh brain sendirik okaii satgi hampa maghah kami duk beletiaq panjang-panjang..shAyErWw tAkoWdd lA aWucKkk Tapiii Dyan nak share satu produk yang Dyan guna lepas Dyan duk study pasal masalah hair falls ni dan jugak dua tips tradisional atau ong cakap petua orang lama. Who knows menjadi dan sesuai dengan korang kan ?

MINYAK KELAPA

Macam kita tahu typical Indian sangat gemarkan minyak kelapa. Dan kita sendiri tahu minyak kelapa dan jugak aloe vera atau daun lidah buaya sangatlah bagus untuk melebatkan rambut. So dorang kerap amalkan penggunaan minyak kelapa dalam kegunaan seharian especially untuk rambut. Dorang akan educate anak-anak dorang untuk sapu minyak kelapa pada rambut setiap hari even bau nya kurang menyenangkan dan kadang-kadang boleh buat orang sakit kelapa tapi demi dapat rambut lawa, hitam, lebat, segar, berkilat, bermaya, dorang sanggup jurrr bosskuuu. Dan dekat pasaran sekarang ada banyak brand minyak kelapa but since this brand famous and feedback pun so far sume good reviews so Dyan amik this one.



ZAM-ZAM COCONUT HAIR OIL




Honestly, produk ni agak susah nak didapati. As for me, Dyan beli di Mydin MallWaktu tu pun dah tak banyak, ada dalam 3 paket macamtu je dan setiap paket ada 3 kotak minyak ni. Kalau diikutkan, ada kiosk-kiosk atau toko jamu atau farmasi yang jual minyak ni. Ada juga yang jual satu kotak, bukan 3 kotak sekaligus macam gambar di atas. Setakat Dyan search, memang tak semua tempat jual but in case area korang ada kedai yang jual barangan Indian ke, apa ke, korang boleh cuba tanya sebab minyak kelapa brand ni famous dari dulu lagi it just that agak susah nak dapat so maybe that’s why orang kurang mencari. 

Menjadi ke tidokkk ??
Selepas mengabihkan separuh dari botol, walaupun tak guna hari-hari, selang setiap 2,3hari sebab bau dia kurang menyenangkan hidung dan kepala hakak, Dyan nampak baby hair banyak sangat tumbuh yeayyyy dan baby hair yg sebelum ni pendek jadi panjang ala-ala heroin drama korea tuh uolss yang rambut depa duk terjuntai kat tepi ahahah memang fefeling habiss nokss acah-acah korean..walaupun kadang-kadang tak suka sebab rasa geli dan serabut duk bertempek dan bergayut di kulit muka tapi Dyan happy sebab ni progress yang sangat baik lepas Dyan guna minyak ni di samping Dyan kurangkan ikat rambut ketat, lebihkan lepas rambut, dah tak lilit rambut ketat-ketat dengan towel lepas mandi dan guna sikat rambut yang sesuai, yang agak lembut.. alaaa sikat rambut yang petak hair brush tu lerr uolsss bukan hair comb tau

Tang jaga makan tu memang tok dopek la sebab Dyan hidup untuk makan!!! Bukan makan untuk hidup muahahaha Minyak kelapa zam-zam ni memang melebatkan rambut untuk sesiapa yang macam Dyan, jenis lepas sikat rambut almost segenggam rambut gugur..kadang-kadang rasa give up and sedih tengok stok rambut makin menipis. Tak cuma waktu sikat, waktu mandi pun dia gugur so Dyan perasan lepas Dyan guna minyak ni, jumlah rambut yang gugur makin berkurang berbanding sebelum ni. Takdela tak gugur langsung cuma tak banyak compare dengan waktu sebelum penggunaan minyak kelapa zam-zam ni. Tapi Dyan percaya dengan penggunaan secara konsisten maybe lepasni no more hair falls yehaaaa joget sikedddd

PETUA ATASI RAMBUT GUGUR DENGAN BAHAN SEMULAJADI

ALOEVERA / DAUN LIDAH BUAYA

Macam yang kita tahu, daun lidah buaya memang membantu tang melebatkan rambut. Petua orang dulu-dulu kalau nak rambut sihat, lebat herlokk ambik pati lidah buaya tu dan sapu pada rambut. 
Caranya korang potong daun lidah buaya tu, buang kulitnya sama ada dengan pisau atau gunting kalau nak lebih mudah then amik lendir pada isinya dan sapu pada rambut ataupun letak isi tu dalam penapis dan kepal isi tu untuk keluarkan lendirnya kalau korang nak lendir yang lagi banyak. Baunya memang tak menyenangkan, caranya pun maybe agak renyah untuk certain orang tapi kalau dilakukan secara konsisten korang akan dapat result yang memuaskan hati

DAUN BUNGA RAYA

Daun daripada pokok bunga raya adalah antara petua yang jarang didengar tapi wujud sejak bertahun lamanya. Kakak Dyan sendiri suka amal petua ni dulu and guess what rambut dia memang hitam lebat dulu bhaiii ala-ala Indian tuhaa jenis setiap helai rambut tebal, hitam, nampak berkilat dan sihat. Cuma sekarang dia malas dan takde masa busy kerja so rambut dia dah tak selebat dulu..sedeyyy

 Caranya, korang kumpulkan beberapa helai daun daripada pokok bunga raya, bergantung atas kepanjangan rambut korang. Kalau panjang amik banyak okaii then rendam dalam air sekejap then korang boleh genggam daun-daun tu dan pulas kuat-kuat sampai lendir-lendir dari daun tu keluar ataupun boleh guna cara lain untuk keluarkan lendir-lendir dari daun tu. Mana-mana cara yang mudahkan korang la..nk blend ke apa ke tapi jangan bagi cair sangat tau 

Benda-benda ni membuktikan yang petua-petua  ni memang menjadi kalau kita amalkan selalu. Macam korang gosok gigi la kan, kalau harini gosok esok tak korang ingat gigi tu akan kekal putih selamanya ke deyyy minachiii...hang boleh terjun bangunan kalau fikir lagutu. So same goes with this petua thingy. Kalau tak konsisten, kesan dia takkan selamanya kekal. Jadi teruskan kerajinan anda kalau nak rambut lawa, hitam, sihat, berkilat okaiii Chaiyokkk !!!
Till then, see you next time byeee


KUKU BERKILAT DENGAN NAIL POLISH PALING BEST !!!

Salam guys harini Dyan nak share satu cara nak kilatkan kuku. No no, not in traditional way cause I don’t have much time untuk spend on bu...