PUNCA
KEGUGURAN RAMBUT
- Penggunaan
syampu/perapi yang tidak sesuai atau mengandungi bahan kimia yang kuat/tinggi
atau berbahaya
- Kerap
menukar syampu
- Mengikat
rambut terlalu ketat
- Selalu
mengikat rambut, kurang membiarkan/melepaskan rambut mengurai
- Kerap
melakukan “rebonding”/alat pengerinting
- Kerap
menggunakan hair dryer
- Terlampau
kerap mendandan rambut
- Selalu
melilit rambut dengan tuala selepas mandi
- Menggunakan
sikat rambut yang tajam
- Gemar
makanan masin
- Tidak
menggunakan serum rambut terutama bagi yang berambut panjang kerana rambut yang
panjang menambah risiko keguguran
- Jarang
mencuci rambut
- Kerap
mewarnakan rambut
- Tidur
yang tidak mencukupi
- Stress
- Diet
yang tidak seimbang
- Perubahan
hormon
- Kesan
ubat-ubatan
- Wanita
bersalin
Basically,
bila kita dah tahu punca, kita tahu la macamana cara nak atasi nya yeke idok ??
so tang tu korang boleh brain sendirik okaii satgi hampa maghah kami duk
beletiaq panjang-panjang..shAyErWw tAkoWdd lA aWucKkk Tapiii Dyan nak share
satu produk yang Dyan guna lepas Dyan duk study pasal masalah hair falls ni dan
jugak dua tips tradisional atau ong cakap petua orang lama. Who knows menjadi
dan sesuai dengan korang kan ?
MINYAK KELAPA
Macam
kita tahu typical Indian sangat gemarkan minyak kelapa. Dan kita sendiri tahu
minyak kelapa dan jugak aloe vera atau daun lidah buaya sangatlah bagus untuk
melebatkan rambut. So dorang kerap amalkan penggunaan minyak kelapa dalam
kegunaan seharian especially untuk rambut. Dorang akan educate anak-anak dorang
untuk sapu minyak kelapa pada rambut setiap hari even bau nya kurang
menyenangkan dan kadang-kadang boleh buat orang sakit kelapa tapi demi dapat rambut lawa, hitam, lebat, segar, berkilat, bermaya, dorang sanggup
jurrr bosskuuu. Dan dekat pasaran sekarang ada banyak brand minyak kelapa but
since this brand famous and feedback pun so far sume good reviews so Dyan amik
this one.
ZAM-ZAM COCONUT HAIR OIL
Honestly,
produk ni agak susah nak didapati. As for me, Dyan beli di Mydin Mall. Waktu tu pun
dah tak banyak, ada dalam 3 paket macamtu je dan setiap paket ada 3 kotak
minyak ni. Kalau diikutkan, ada kiosk-kiosk atau toko jamu atau farmasi yang
jual minyak ni. Ada juga yang jual satu kotak, bukan 3 kotak sekaligus macam
gambar di atas. Setakat Dyan search, memang tak semua tempat jual but in case
area korang ada kedai yang jual barangan Indian ke, apa ke, korang boleh cuba
tanya sebab minyak kelapa brand ni famous dari dulu lagi it just that agak
susah nak dapat so maybe that’s why orang kurang mencari.
Menjadi ke tidokkk ??
Selepas mengabihkan separuh dari botol,
walaupun tak guna hari-hari, selang setiap 2,3hari sebab bau dia kurang
menyenangkan hidung dan kepala hakak, Dyan nampak baby hair banyak sangat
tumbuh yeayyyy dan baby hair yg sebelum ni pendek jadi panjang ala-ala heroin
drama korea tuh uolss yang rambut depa duk terjuntai kat tepi ahahah memang
fefeling habiss nokss acah-acah korean..walaupun kadang-kadang tak suka sebab
rasa geli dan serabut duk bertempek dan bergayut di kulit muka tapi Dyan happy
sebab ni progress yang sangat baik lepas Dyan guna minyak ni di samping Dyan
kurangkan ikat rambut ketat, lebihkan lepas rambut, dah tak lilit rambut
ketat-ketat dengan towel lepas mandi dan guna sikat rambut yang sesuai, yang
agak lembut.. alaaa sikat rambut yang petak hair brush tu lerr uolsss bukan
hair comb tau
Tang jaga makan tu memang tok dopek la sebab
Dyan hidup untuk makan!!! Bukan makan untuk hidup muahahaha Minyak kelapa
zam-zam ni memang melebatkan rambut untuk sesiapa yang macam Dyan, jenis lepas
sikat rambut almost segenggam rambut gugur..kadang-kadang rasa give up and
sedih tengok stok rambut makin menipis. Tak cuma waktu sikat, waktu mandi pun
dia gugur so Dyan perasan lepas Dyan guna minyak ni, jumlah rambut yang gugur
makin berkurang berbanding sebelum ni. Takdela tak gugur langsung cuma tak
banyak compare dengan waktu sebelum penggunaan minyak kelapa zam-zam ni. Tapi
Dyan percaya dengan penggunaan secara konsisten maybe lepasni no more hair
falls yehaaaa joget sikedddd
PETUA ATASI RAMBUT GUGUR DENGAN BAHAN
SEMULAJADI
ALOEVERA / DAUN LIDAH BUAYA
Macam yang
kita tahu, daun lidah buaya memang membantu tang melebatkan rambut. Petua orang
dulu-dulu kalau nak rambut sihat, lebat herlokk ambik pati lidah buaya tu dan
sapu pada rambut.
Caranya
korang potong daun lidah buaya tu, buang kulitnya sama ada dengan pisau atau
gunting kalau nak lebih mudah then amik lendir pada isinya dan sapu pada rambut
ataupun letak isi tu dalam penapis dan kepal isi tu untuk keluarkan lendirnya
kalau korang nak lendir yang lagi banyak. Baunya memang tak menyenangkan,
caranya pun maybe agak renyah untuk certain orang tapi kalau dilakukan secara
konsisten korang akan dapat result yang memuaskan hati
DAUN BUNGA RAYA
Daun
daripada pokok bunga raya adalah antara petua yang jarang didengar tapi wujud
sejak bertahun lamanya. Kakak Dyan sendiri suka amal petua ni dulu and guess
what rambut dia memang hitam lebat dulu bhaiii ala-ala Indian tuhaa jenis
setiap helai rambut tebal, hitam, nampak berkilat dan sihat. Cuma sekarang dia
malas dan takde masa busy kerja so rambut dia dah tak selebat dulu..sedeyyy
Benda-benda
ni membuktikan yang petua-petua ni
memang menjadi kalau kita amalkan selalu. Macam korang gosok gigi la kan, kalau
harini gosok esok tak korang ingat gigi tu akan kekal putih selamanya ke deyyy
minachiii...hang boleh terjun bangunan kalau fikir lagutu. So same goes with
this petua thingy. Kalau tak konsisten, kesan dia takkan selamanya kekal. Jadi
teruskan kerajinan anda kalau nak rambut lawa, hitam, sihat, berkilat okaiii
Chaiyokkk !!!
Till then, see
you next time byeee
No comments:
Post a Comment